Utusan Malaysia, 5 Dec 2009

Utusan Malaysia, one of Malaysia's mainstream newspaper, published an article on our Project AWARE Beach Cleanup and Green Fins Coral Reef Survey organized from 23 - 25 October 2009 at Pulau Tinggi, Mersing, Johor. This year’s event was attended by 35 divers and 10 media representatives from the local TV station NTV7 , daily newspapers Utusan Malaysia and Harian Metro and travel magazines Libur and Kunang-kunang .

The Utusan Malaysia article focused on the PADI Discover Scuba Diving programme organized by Ocean Elements for the local kids on the island.

The full article can be found here: http://goo.gl/kKnRT

Nesclip Utusan Malaysia

Excerpts from the article:

Ocean Elements yang memang dikenali kerana melahirkan ramai penyelam, sentiasa memastikan setiap anak didiknya menyertai program dan kempen kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar. Lebih menarik, para penyelam Ocean Elements ini akan mengadakan aktiviti mereka dari satu lokasi ke lokasi lain dan dari satu pulau ke pulau lain.

Sehubungan itu, mereka ini akan bergerak mengadakan aktiviti amal dan selam untuk membersihkan segala sampah-sarap yang terdapat di dasar laut. Namun, apa yang dilakukan itu masih belum mencukupi kerana masih terlalu banyak sampah-sarap yang terdapat di dasar laut di negara ini. Bagi Ocean Elements, mereka tidak akan berputus asa kerana tanggungjawab tersebut akan diteruskan oleh generasi penyelam muda.

Antara lokasi di mana Ocean Elements menjalankan program kesedaran, penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar termasuklah di Pulau Tenggol, Terengganu dan beberapa pulai lain. Yang terbaru, Ocean Elements dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Johor serta 46 pesertanya mengadakan aktiviti sedemikian di Pulau Tinggi, Johor, Mereka turut mengajak penduduk setempat termasuk pelajar sekolah rendah bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan pantai daripada sampah-sarap.

Apa yang mengejutkan, dalam tempoh tidak sampai satu jam, para peserta Ocean Elements, para pelajar sekolah kebangsaan di Pulau Tinggi dan kakitanan Jabatan Taman Laut berjaya mengutip sejumlah besar sampah-sarap di kawasan pantai Kampung Tanjung Balang di pulau berkenaan.

Print Email

Harian Metro, 24 Nov 2009

Harian Metro , a popular Malaysian tabloid, published an article on Ocean Elements Project AWARE Beach Cleanup event organized at Pulau Tinggi, Mersing, Johor from 23 - 25 October 2009.

The article focused on the beach cleanup programme which was held at the local village, with eager participation by 22 children from the only school on the island. An estimated 70kg of rubbish comprising mainly of tin cans and plastic bottles were collected from the 2km-long beach right in front of the primary school. The children also attended a talk on the importance of coral reef and ocean conservation by a staff of the Department of Marine Parks. At the end of the beach cleanup event, Ocean Elements donated Project AWARE posters and several books on marine life to the school. The children who have helped in the beach cleanup received the Project AWARE activity books and certificates and also stationeries donated by our corporate sponsors.

Harian Metro Nov 2009

 

Print Email

Utusan Malaysia, 5 May 2009

Utusan Malaysia, one of Malaysia's mainstream newspaper, published an article on our "Dive for Earth Day" Underwater Cleanup event held from 24 - 26 April 2009 at Tenggol Island. One of Utusan's editor, Mr Amir Sarifuddin was on the island during that weekend and decided to lend some help to our cleanup effort. He wrote a good article on our event.

newsclip utusan malaysia

Below are excerpts from his article (in Malay language) entitled "Memulihara Khazanah Laut" or Conserving the Ocean Treasures:

Oleh itu, Ocean Elements Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan, telah memulakan inisiatif melakukan kerja-kerja membersih dan memulihara khazanah laut sejak lima tahun lalu. Yang terbaru, ahli-ahli Ocean Elements seramai 12 orang beserta 13 pengunjung luar bersama-sama menjalankan pembersihan sampah-sarap di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu.

Langkah itu amat sesuai bagi memastikan Pulau Tenggol terus bertakhta sebagai antara pulau yang tercantik di dunia dan juga rantau ini. Langkah membersihkan sampah-sarap dari dasar laut itu dilakukan secara sukarela oleh para peserta Ocean Elements yang datang dari seluruh negara.

Semua penyelam terbabit berbuat demikian atas dasar kesedaran bagi memastikan alam sekitar dan khazanah laut di negara ini dapat dikekalkan hingga ke generasi seterusnya. Para penyelam itu sanggup mengeluarkan perbelanjaan dari saku sendiri untuk menyewa peralatan selam, resort dan mengeluarkan wang ringgit untuk datang ke Pulau Tenggol, semata-mata bagi menjalankan aktiviti pemuliharaan tersebut.

Pengarah Ocean Elements, Mohd. Halimi Abdullah berkata, aktiviti membersihkan dasar laut dari segala bentuk sampah-sarap itu dilakukan di bawah program Beach and Underwater Cleanup. Jelasnya, program itu juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Taman Laut dan mendapat sokongan di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Para peserta Ocean Elements itu melakukan lima enam kali selaman sepanjang tiga hari berada di Pulau Tenggol tersebut. Menurut Halimi, semasa menyelam, mereka akan memotong tali-tali yang merosakkan batu karang selain membersihkan apa jua bentuk sampah-sarap.

"Sampah-sarap ini akan dinaikkan dan dikumpulkan sebelum dimusnahkan. Program pemuliharaan dan pembersihan ini dilakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Kami harap dapat melakukannya dengan lebih kerap lagi, namun berharap lebih ramai penyelam turut serta dalam program sedemikian," katanya.

Seperkara lagi yang menarik ialah, para peserta terbabit turut melakukan kajian dan tinjauan ketika melakukan selaman. Mereka akan mencatatkan jenis-jenis terumbu, spesies hidupan yang terdapat di sekitar pulau berkenaan dan bentuk-bentuk kerosakan yang berlaku.

"Setiap selaman, kami catatkan butir-butir berkenaan seperti terumbu yang rosak atau musnah, jenis terumbu, keluasan kawasan terumbu dan sebagainya.". "Maklumat ini nanti kami serahkan kepada Jabatan Taman Laut serta pihak berkenaan untuk dijadikan kajian dan rekod,"

Halimi percaya aktiviti itu turut memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai jenis-jenis khazanah yang terdapat di dasar laut. Namun beliau percaya aktiviti pembersihan sampah-sarap itu perlu dilakukan secara berterusan dan kerap terutama selepas musim tengkujuh berakhir.

"Selepas tengkujuh, banyak sampah-sarap yang telah dihanyutkan ke kawasan pulau di negara ini,” katanya.



Below is the newsclip from the printed edition of the above story in Utusan Malaysia 5 May 2009.

Newsclip Utusan Malaysia

Print Email