Utusan Malaysia, 5 May 2009

Utusan Malaysia, one of Malaysia's mainstream newspaper, published an article on our "Dive for Earth Day" Underwater Cleanup event held from 24 - 26 April 2009 at Tenggol Island. One of Utusan's editor, Mr Amir Sarifuddin was on the island during that weekend and decided to lend some help to our cleanup effort. He wrote a good article on our event.

newsclip utusan malaysia

Below are excerpts from his article (in Malay language) entitled "Memulihara Khazanah Laut" or Conserving the Ocean Treasures:

Oleh itu, Ocean Elements Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan, telah memulakan inisiatif melakukan kerja-kerja membersih dan memulihara khazanah laut sejak lima tahun lalu. Yang terbaru, ahli-ahli Ocean Elements seramai 12 orang beserta 13 pengunjung luar bersama-sama menjalankan pembersihan sampah-sarap di Pulau Tenggol, Dungun, Terengganu.

Langkah itu amat sesuai bagi memastikan Pulau Tenggol terus bertakhta sebagai antara pulau yang tercantik di dunia dan juga rantau ini. Langkah membersihkan sampah-sarap dari dasar laut itu dilakukan secara sukarela oleh para peserta Ocean Elements yang datang dari seluruh negara.

Semua penyelam terbabit berbuat demikian atas dasar kesedaran bagi memastikan alam sekitar dan khazanah laut di negara ini dapat dikekalkan hingga ke generasi seterusnya. Para penyelam itu sanggup mengeluarkan perbelanjaan dari saku sendiri untuk menyewa peralatan selam, resort dan mengeluarkan wang ringgit untuk datang ke Pulau Tenggol, semata-mata bagi menjalankan aktiviti pemuliharaan tersebut.

Pengarah Ocean Elements, Mohd. Halimi Abdullah berkata, aktiviti membersihkan dasar laut dari segala bentuk sampah-sarap itu dilakukan di bawah program Beach and Underwater Cleanup. Jelasnya, program itu juga mendapat kerjasama daripada Jabatan Taman Laut dan mendapat sokongan di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP).

Para peserta Ocean Elements itu melakukan lima enam kali selaman sepanjang tiga hari berada di Pulau Tenggol tersebut. Menurut Halimi, semasa menyelam, mereka akan memotong tali-tali yang merosakkan batu karang selain membersihkan apa jua bentuk sampah-sarap.

"Sampah-sarap ini akan dinaikkan dan dikumpulkan sebelum dimusnahkan. Program pemuliharaan dan pembersihan ini dilakukan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Kami harap dapat melakukannya dengan lebih kerap lagi, namun berharap lebih ramai penyelam turut serta dalam program sedemikian," katanya.

Seperkara lagi yang menarik ialah, para peserta terbabit turut melakukan kajian dan tinjauan ketika melakukan selaman. Mereka akan mencatatkan jenis-jenis terumbu, spesies hidupan yang terdapat di sekitar pulau berkenaan dan bentuk-bentuk kerosakan yang berlaku.

"Setiap selaman, kami catatkan butir-butir berkenaan seperti terumbu yang rosak atau musnah, jenis terumbu, keluasan kawasan terumbu dan sebagainya.". "Maklumat ini nanti kami serahkan kepada Jabatan Taman Laut serta pihak berkenaan untuk dijadikan kajian dan rekod,"

Halimi percaya aktiviti itu turut memberi pengetahuan kepada para peserta mengenai jenis-jenis khazanah yang terdapat di dasar laut. Namun beliau percaya aktiviti pembersihan sampah-sarap itu perlu dilakukan secara berterusan dan kerap terutama selepas musim tengkujuh berakhir.

"Selepas tengkujuh, banyak sampah-sarap yang telah dihanyutkan ke kawasan pulau di negara ini,” katanya.



Below is the newsclip from the printed edition of the above story in Utusan Malaysia 5 May 2009.

Newsclip Utusan Malaysia

Print Email